Sunday, September 28, 2008

DEATH MAGNETIC


12 September akhirnye Metallica kuar ngan album terbaru "Death Magnetic". Aku beli album nie kat Ampang Point, tengok cover album mcm menarik ader keranda hehehe balik umah terus layan lama dah aku tak headbangging sejak aku stop layan thrash metal nie. Lepas album "St Anger" aku dah maleh nak layan sangat Metallica ni, aku just layan album-album lama diorg je mantap sikit.

Sikit review pasal album nie, almost semua lagu dekat 7 min hehehe sakit tengkok layan headbagging ngan kucing aku.


1st track "THAT WAS JUST YOUR LIFE" (7:08)
- for start OK gak track nie teringat lagu-lagu diorg masa album dulu.

2nd track "THE END OF THE LINE" (7:52)
-track nie mmg mantap riff diorg, walaupun xselaju mcm diorg muda-muda dulu tapi mmg sesuai layan headbangging.

3rd track "BROKEN, BEAT & SCARRED" (6:25)
-track nie buat aku teringat lagu "Harvester Of Sorrow"

4th track "THE DAY THAT NEVER COMES" (7:56)
- nie mmg track nak masuk radio hehehe, dgn solo & rhythm yang mantap from James Hetflied & Kirk Hammett mcm lagu "One"

5th track "ALL NIGHT LONG" (7:57)
- mcm lagu "Enter The Sandman" layan beb layan.

6th track "CYANIDE" (6:39)
- sesuai layan masa driving kat highway comfirm hilang ngantoks, superb drums from Lars Ulrich

7th track "THE UNFORGIVEN III " (7:46)
- lagi satu track untuk masuk radio, intro & lyrics yang hebat

8th track "JUDAS KISS" (8:00)
- satu lagi track yg best layan headbangging.

9th track :SUICIDE & REDEMPTION" (9:57)
- instrumental song, superb performance from Robert Trujillo on bass.

10th track " MY APOCALYPSE " (5:01)
- track nie definetelly thrash metal best giler mcm lagu ""Whiplash" mantap siot.



As for me Metallica is back!!! the old motherfuckers is back once again with superb & energetic music.... layan beb layan!!!

Thursday, September 25, 2008

KUALA TERENGGANU


Hari khamis lepas ada majlis berbuka puasa kat opis aku, tengah sibuk-sibuk aku mengaturkan majlis menunggu kanopi datang & pastikan tempat parking kosong PM datang kat aku, "lu kene gi KT la malam ni". Apa giler ke aku nak gi malam ni tapi pikir-pikir balik best gak dah lama aku tak gi outstation hehehe lantak la aku nak settlekan majlis berbuka puasa dulu pasal gi KT leh tunggu.
Dipendekkan citer majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar, aku lak tak jadi gi KT malam tu kene postponed hari sabtu sebab Terengganu cuti hari jumaat & sabtu. So aku ajak mak munah aku teman gi sekali sebab aku mengantok nak drive sorang-sorang. Lepas berbuka aku plan nak gerak tapi dengan adernya mak munah last-last pukul 9 mlm baru gerak (nie la kelebihan kaum pompuan dapat merosakkan planning kaum lelaki). Dari KT sampai cherating steady je aku henjut 140 km/hr sebab ada highway, mak munah aku x payah citer la siap bawak bantal ngan selimut so paham-paham je la kat karak die dah lena dah.

" Atas Pasar Payang "

" Masjid kat Pasar Payang "

" Masjid Kristal "


" Masjid Terapung "


Jalan dari cherating ke KT aku x berapa fimiliar sikit so aku x la henjut sangat, sepanjang berjalanan xde ape sangat sebab dah malam gelap xnampak ape pun so aku maintain kelajuan sebab aku nak sampai cepat mata dah mengantok giler. Sampai KT dah dekat pukul 3.30 pagi mengagau aku cari hotel nak landing kan kepala aku ni. Aku pilih hotel betul-betul depan opis pengarah LHDN yang aku nak jumpe. Pas check in terus terjun katil x larat nak bukak mata dah, sedar-sedar dah pagi nasib baik mak munah aku kejutkan, pas breakfast (musafir beb) aku terus naik opis LHDN.... Hampehhhh pengarah meeting sampai kul 1.oo.

" Pantai Batu Burok "

" Henjut 140 km/hr "


" On the way Balik KL "



" Kerteh "


Sambil nak tunggu sampai kul 1.00 aku ajak mak munah pusing-pusing KT, apa lagi suke la die dapat gi pasar payang habis die borong kueh raya & kudap-kudap. Pastu gi losong cari kopok lekor PM. Kul 2.00 PA pengarah tu call aku suh datang dengan segera aku datang , borak-borak dgn pengarah tu dia xdpat nak bantu apa yang aku nak, aku pun faham situasi dia dan aku tak rase aku akan dapat apa yang aku nak dari dia. So aku decided aku nak balik KL walaupun pengarah tu ajak aku buke puasa kat umah dia sebab isnin aku nak masuk opis, (sebenar nyer aku masih lagi dalam keadaan musafir) dalam kul 3.30 ptg aku gerak meninggalkan KT. Sempat gak aku singgah tengok masjid kristal, masjid terapung dgn tido jap kat pantai batu burok.


" Layan jiwang ngan mak munah hehehe "


On the way balik, hujan lebat siap ribut petir sampai x nampak jalan terpakse aku berhenti jap kat dungun. Hujan reda aku gerak balik henyut tak ingat sebab nak tgk MU vs Chelsea tapi apa kan daya xsempat, apa pun MU seri ngan Chelsea nasib baik x bet dgn King Torres kalau tak hancosss lagi. Sampai KL dekat kul 3.3o pagi, dah xlarat nak layan apa-apa dah...

Sambil nak tido aku terpikir kenapa la aku tak ambik flight je........

Monday, September 15, 2008

FOR THOSE YANG KEMARUK BERCINTA....






Love is timeless. It is memories of yesterday, the happiness of today and the promise of tomorrow. It doesn't take a reason to love someone, but it does to like someone. You don't love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It's because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason !!!

Sunday, September 14, 2008

CLASH OF THE RED GIANTS


Arghhhh sakit kepala Man United kalah ngan Liverfool, kalau kalau ngan team lain aku xkisah sangat nie kalah ngan Liverfool, dah la leading 1-0 pastu main mcm sekor-sekor pose.
Adussss King Torres menang lagi rabak budget raya aku, rabak....rabak.....

Wednesday, September 10, 2008

JD aka JACK DANIEL












ermmm lama aku x update blog aku, bukan ape cuma aku sibuk sikit melayan housemate baru aku JD aka Jack Daniel. Dah lama aku pikir-pikir nak ambik housemate or not, since aku dok sorang-sorang so aku decided ambik la seekor housemate. Leh jugak la layan aku kat umah bila aku bosan, so tu pasal la aku lama x update blog aku sebab melayan housemate baru aku menyesuaikan diri dgn umah aku.











Ok gak ade JD nie leh gak aku layan sembang sebelum tidur walaupun aku tahu sepatah haram pun dia x tahu ape aku sembangkan hehehe tapi layan je la takan nak sembang ngan pokok bunga kot. Walaupun sofa, curtain & lampu Ikea aku habis kene cakar dengan JD ni (siot tul hancuss) tapi one thing yang aku notice aku dah jadi makin rajin kemas umah hehehe aper x nye kalau x habis si JD selongkar tong sampah, lagi satu aku senang bangun awal pagi aper x nye lagi pagi-pagi buta si JD dah lick muka aku ( siot tul ingat aweks yang lick )


Apa pun aku enjoy duk dgn housemate baru aku ni walaupun degil nak mampos tapi wa enjoy....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Rasanye masih belum terlambat untuk aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger aku. Di bulan yang penuh diberkati ALLAH ini aku harap kita semua dapat memperbaiki akhlak dan memperbanyakkan munajat kepada NYA.


Dalil Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Jangan lupa kejar 10 malam terakhir Ramadhan, mana tau dapat Lailatul Qadar selamat dunia akhirat hehehe masyukkkk....