Wednesday, June 25, 2008

AKU BUKAN GAY!!!!!!!

Tengah sedap-sedap lepak kat umah tgk tv sambil berlatih berjalan tak pakai tongkat phone aku berbunyi..... alamak mak aku call!!! nie mesti ada ape-ape ni jarang dia call aku, selalu aku yang call die. Nak taknak kene angkat la jugak dah mak aku yang call, eh nape lain macam je suara cehhh makcik aku uper nyer. Aku pun buat la suara sopan santun aku hehehe..

MAKCIK AKU : Asalamualaikum
AKU : Mualaikumsalam Warahmatullah
MAKCIK AKU : lama tak dengar citer? sihat ke?
AKU : sihat....ye ke lama x dengar citer bukan hari tu dah dengar citer ke?
MAKCIK AKU : itu citer lain, haa ko ni la bilenyer???
AKU : bila ape lak ni? ( aku try mengelak padahal dah tau dah )
MAKCIK AKU : kawin la apa lagi
AKU : erkkkk ujung tahun nie kot kalau xde ape-ape hal
MAKCIK AKU : kalau ada apa-apa hal.... apa hal nya? ko ada masalah ke la?
duit dah cukup ke?
AKU : duit xde masalah....ok je ( padahal pasal duit tak cukup lagi la ni )
MAKCIK AKU : abis tu apa masalah nyer?
AKU : eh nie mak cakap ape nie kat mak ti tadi ni?
MAKCIK AKU : takde la mak ko nie haaa asyik cakap ko nie mcm nak mengelak je
nak kawin..
ko ada masalah lain ke?
AKU : eh masalah ape lak ni... x de masalah apa-apa pun..
MAKCIK AKU : ko x suke pompuan ke la?
AKU : ehhhhh mane de .... suka la takan la x suke pompuan kan ada gf
dah...
ape la mak ti ni...tak kan la ke situ lak... mengarut la
MAKCIK AKU : bagus la kalau mcm tu...cepat-cepat la sikit
AKU : ha'a ya lah... hujung tahun nie ...mak mane cakap jap ngan die
MAKCIK AKU : die tgh sembahyang nanti ko call la die balik ya..ko jgn lupa
sembahyang

AKU : ohhh ok..mana penah tinggal sembahyang...kim salam kat semua
lah ya...

MAKCIK AKU : ye lah ...Asalamualaikum
AKU : Mualaikumsalam Warahmatullah

Pehhhhh..... ader ke makcik aku ingat aku gay cisssss tak patut langsung...tak berasas langsung.... Mak aku la nie WTWT (Women To Women Talk) ngan makcik aku adussssss........... punya la risau aku tak kawin-kawin lagi, nanti aku kawin 2 terus baru melompat mak aku hehehehe...

Ya la mak hujung tahun ni anak mak kawin la......

Lagi satu AKU BUKAN GAY!!!!!!!!!! NEVER EVER!!!!

Tuesday, June 24, 2008

HEAVEN & HELL



Bosan terperap kat rumah, aku pun turun la kat bawah ambik angin terlompat-lompat macam kanggaro sebab pakai tongkat. Aku melompat-lompat kearah pool cadang nak lepak kat situ sambil menghembus asap-asap nikotina, tengah syok layan marlboro light aku datang la satu mamat ni tersengih-sengih tengok gaya macam nak bersembang aku lak memang xde langsung mood nak bersembang. Sah!!! die landing sebelah aku sambil tanye " kaki tu kenape?"aku pun dgn malas jawap la "terkehel masa main futsal". Ajak pun tak die terus tanye pasal peribadi aku kerje kat mana? tinggal ngan sape? bla...bla..blaaa...ehhhhh mamat nie potong stim betul aku baru je nak tenangkan fikiran yang berserabut kenangkan bila aku leh jalan balik nak sambung kerje kat opis tetibe datang lak mamat nie menyibuk.

Sebab dah jatuh menyampah aku pun jawap nak tak nak je la tetibe je dia cakap kaki aku terkehel sebab balasan tuhan atas dosa-dosa aku...Uiksssss menyirap darah aku nak je aku tunjal dahi die ngan tongkat warrant aku nie, senang-senang je nak bagi fatwa songsang kat aku...tahu la aku buat buat dosa tapi atas dalil apa ko senang-senang nak cakap macam tu. Apa lagi aku pun berdebat la ngan dia macam la mak aku tak antar aku belajar agama. Aku cakap kat dia tuhan bagi aku pilihan untuk aku pilih, mana jalan yang aku pilih tu hak aku takde sape yang boleh halang kecuali tuhan. So aku tahu risiko dan akibat jalan mana yang aku pilih, sekurang-kurang nya aku tahu pintu taubat masih terbuka cuma sempat tak sempat je la, kalau xsempat pun aku masih prasangka baik kat tuhan aku yang dia akan ampun kan aku selagi aku x syirik kat dia, kan dia Maha Pengampun Maha Pengasih. At least aku buat dosa aku buat sorang-sorang tak babitkan orang lain so aku berdosa dgn tuhan aku je, yang ko tu bagi salam pun tak tetibe sakitkan hati aku ko ingat tak berdosa ke? sakit kan hati saudara islam ko? selagi aku tak maapkan ko...ko ingat ko leh masuk syurga ke? sedap mulut je kata aku masuk neraka..ape ko ingat ko tuhan ke??

Kalau nak bersyarah pun cermin la muka dulu...nie pakai short mcm aku aurat pun xpandai nak tutup dah pandai nak cakap pasal syurga neraka. Kadang tu aku pelik la tengok orang perasan dia baik asal sembahyang tak tinggal dah ingat confirm masuk syurga, orang lain jahat confirm masuk neraka. Apa diorang nie tak baca kitab ke?? Nabi yang dah confirm masuk syurga pun still sembahyang wajib + sunaat lagi sebab x confident masuk syurga takut tuhan uji die saat-saat akhir, nie baru sembahyang tak tinggal dah takbbur riak.. Bukan takbbur riak tu syirik kecil ke? Ko ingat ko masyuk syurga sebab amalan ko ke?? Kalau ko beribadat 1000 tahun pun ko x layak nak masuk syurga dia ko tahu tak?? Woiittt ko masuk syurga sebab rahmat dia. Ape ko tak penah baca citer pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum. Kalau last minit tuhan kate aku masuk syurga atas rahmat dia and ko masuk neraka sebab takbbur dengan amalan ko, ko nak jawap macam mana??


Cuba la prasangka baik kat orang lain...ikhlas buat sesuatu tanpa harap balasan. Kimex tul mamat tu, merah padam muka dia kene backhand ngan aku. Sedap mulut je nak bersyarah berdakwah kat aku basic berdakwah pun tak tau. Pastu terus angkat kaki takut nak berdebat ngan aku saper suh kacau aku!!! Oiii gi mampos la, lain kali jangan underestimate orang lain perasan ko je hebat tak penah buat dosa, kalau ada pun dosa kecik je.

Persoalan die, dosa besar ke dosa kecik ke...

Ko berdosa dengan SAPER???

Monday, June 23, 2008

INJURY LOVE VICTORY



Kejadian berlaku pada Jumaat malam 20 June 2008 di Cheras Baru, perlawanan antara Team Technical Vs Rest of The World. Team Technical dibarisi oleh budak-budak belasahan, sayur-sayuran expired yang diketuai oleh HBK yang sering membuat aksi gerakan solo. Manakala Team Rest of The World di dipimpin oleh Man French Toast dan dibarisi oleh bekas-bekas pemain futsal antarabangsa yang sering beraksi diarena futsal antarabangsa.

Macam biasa Team Technical sampai lewat sebab Captain diorang HBK membuat gerakan solo dulu. So Team Rest of The World pun mcm biasa membuat routine warming up, aku menyarung jersey keramat aku "Germany", kasut yang dah aku asap kemeyankan malam jumaat lepas. Kimex Team Technical xsampai-sampai lagi, salah satu dari tektik untuk meletihkan Team Rest of The World namun focus kami xterganggu dengan tektik-tektik poyo diorg ni.

Akhirnya Team Technical sampai tanpa Captain diorg, apa lagi terus start la takan nak tunggu sampai malam kaki aku dah gatal nak mengentel. Aku tengok muka sekor-sekor Team Technical nie hehehehe confirm berguni gol aku score malam ni. Team Rest of The World mcm biasa la bergaya beb aku ngan full set kit Germany, PM dgn jersey Azzurri, Man Pakai France , Zul ala-ala gaya Ronaldo Gay bersubang ditelinga and Wan pulak dgn jersey England hampehh jadi keeper, CDIJ hermmm ambik bini dulu, Arjune Xberbaju.

Game start xsampai 2 minit Team Technical score biasa la kitaorg lambat panas, pastu Man French Toast score hehehe aku dah gak dah sayur budak-budak nie, pas tu Man score lagi hasil gerakan cantik dari aku. Akhirnya yours truly la score kan mcm biasa la. Semangat berkobar-kobar memikirkan ganjaran karaoke yang dijanjikan pada pemenang perlawanan, aku score lagi dan lagi. Tetiba aku terasa semput cehhhh cepat-cepat aku cari ayor hehehe, OK normal balik. Aku terus mintak bola dari keeper, aku cuba membuat gerakan solo, mengentel, memusing badan... sampai kat depan aku nampak goal lawan clear OK aku nak shoot dari sini, aku pun mengumpul tenaga dari tulang sulbi aku untuk rembatan tonjol aku kearah goal tetiba CRAKKK!!!! aduhhhh!!!!! kaki kiri aku sakit giler siotttttt!!!! SAH!!!! terkehel ke retak ke patah ke aku pun xtahu yang aku tahu aku terbaring, sakit giler rase mcm nak pitam!!! Aku pun xtahu mcm mana aku boleh lost balance masa nak buat rembatan tonjol aku, mungkin aku pakai kemeyan expired masa asapkan kasut aku kot.

Dalam kesakitan aku tengok game berjalan dari luar court... ceh hancusss kalau aku xde, Team Technical bermaharajalela dgn kehadiran Captain diorg HBK yg pakai baju Holland ( lain macam sikit semangat HBK 2 3 menjak nie), tetibe je diorg main macam esok nak kiamat. Geram je aku sebab xdapat main tapi nasib baik menang walaupun ada cubaan penipuan pengiraan score oleh Hairy sengal. Aku x concentrate sangat kat game sebab menahan kesakitan, masa time makan pun rasa macam xmakan je. Kaki aku dah rasa kebas bangat, sampai umah kaki aku bengkak mcm belon nak jalan xboleh langsung, xboleh tidur...Untuk meredakan kesakitan dan tidur, aku ambik haruman herba yang dibekalkan oleh Bob Jarley..Mujarab!!! Keesokan pagi aku call mak munah ajak dia bawak aku gi hospital sebab kaki aku dah tukar kaler biru pekat cuak siott!!!!



Mak munah sampai terus bawak aku gi hospital ampang wad emergency, kimex tul kene naik kerusi roda hehehe malu siot..... muda, montok, seksi, tough, hensem kene usung naik kerusi roda. Jumpe doktor terus kene marah sebab xdatang awal-awal..kimex tul aku dah la sakit giler peh tu kene marah lak...ikut hati nak je aku baling kerusi roda kat doktor tu, nasib baik lawa... Doktor suh gi buat X-ray, sambil menunggu result X-ray aku ajak mak munah tolak aku pusing-pusing kat hospital tu hehehe. Bila result X-ray dah siap, doktor cakap xde yang patah or retak (pehhh lega beb) cuma lateral ankle ligament aku koyak sikit, kalau aku professional footballer mungkin aku kene require operation tapi since aku ex footballer maybe aku require urutan dengan wak buchari je kat Gombak lagipun urutan penamat aku xhabis lagi.

Tapi leceh tul la mcm ni nie x boleh berjalan, nak buat ape pun susah... semua jadi lambat, nak pakai boxer pun dekat 5 minit apatah lagi aktiviti dalam bilik air, bilik gelap, atas sofa, atas katil and etc. Dah terpakse pakai tongkat macam org OKU tapi hehehe best gak ramai aweks tegur "nape bang, jatuh ke" angin je mak munah aku dengar hehehe. Hermmm harap-harap leh baik cepat nie pun susah nak jalan lagi. Kenapa la aku yang asyik kene ek ?? Bagi la kene nombor ke...kene POOl ke ( hehehe ada harapan kene POOl ni ), kene kiss ke, ape-ape la yang menyeronokkan .....

WHY?? WHY ME??

Friday, June 20, 2008

KAISER EDGE INTO SEMI AND BEYOND!!!


All eyes may have been on Cristiano Ronaldo but it was his opposite number seven Bastian Schweinsteiger who stole the show on Thursday to book Germany's place in the Euro 2008 semi-finals and dump Portugal out. Bastian Schweinsteiger delivered the goods as his goal paved the way for Germany's enthralling 3-2 victory over Portugal. Bayern Munich star Schweinsteiger scored one and set up two more - for Miroslav Klose and Michael Ballack - to render Nuno Gomes' effort at the end of the first half and substitute Helder Postiga's towards full-time little more than consolations.The result sees Germany, who only clinched their spot in the quarter-finals with a 1-0 win over Austria on Monday, advance to a last-four clash with either Croatia or Turkey next Wednesday.

Enough said, bring it on!!!! Turkey or Croatia or even Holland, Russia, Spain, Italy its really doesn't matter!!!

THE POOL IS MINE!!!!!!

Wednesday, June 18, 2008

HBK & KC


Warggghhhh......sanggap beb mengantoks giler mane tak nyer semalam balik dekat kul 3 gara-gara pekena Ribena dgn PM, Man, CDIJ & HBK dekat Finne's.. al-maklum la dah lama aku tak lepak kat situ, lagi satu sebab buat menyambut hari penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat HBK kata PM .

Ada betul gak kata lu PM, semalam HBK senyum tak putus-putus dari pagi sampai la ke malam.. punca musabab utama nyer HBK dpt bertentang mata & berbual mesra dengan gadis POOOJAAAAN hatinyer KC yang selama ini hanya dipooojaaa dari jauh. Dari pagi HBK dah menyemart kemas giler siap cukur misai beb hahahaha.... Jarang nak dapat tengok HBK nie menyemart kalau xde meeting or something special, kalau tak mesti pakai jeans ngan sandal lubang-lubang. Pagi tu KC sampai kat opis menunggu dgn penuh setia akan kehadiran HBK, selang tak lama kemudian HBK pun tiba dengan wajah yang berseri-seri bak bulan purnama mengambang penuh kala tanggal 15hb Syaaban, maka bertegur sapa lah merpati dua sejoli itu..wa skodeng je gelagat diorang.

Aku terleka seketika sebab Man dok menyebok ajak aku gi makan, aku sedari kelibat merpati dua sejoli itu seakan ghaib dari pandangan makrifatku..hermmmm ilmu apa yang dipakai oleh HBK ni?? Jarang sekali ada yang terlepas dari pandangan makrifat aku ini. Arhhhh terdetik di hatiku yang suci ini.... dimanakah gerangan mereka? Oleh kerana desakan Man bertalu-talu padaku mengajak gi makan aku pun mengalah, kami pun menuju ke sebuah restoran yang dah agak lama aku tak kunjungi sebab mahal cekik darah!!!! Ada ke sekali makan lauk seciput sampai 7 hengget cittttt... makan angin lagi baguih!!!

Sampai je di restoran tu......zasssss!!! Terpandang arakian dua merpati sejoli itu sedang duduk berbual mesra sambil gelak ketawa keriangan seakan mereka berada didunia mereka tersendiri.
Apa lagi aku ngan Man pun terus melabuhkan bontot kami yang berat lagi seksi ni tepat-tepat kat sebelah meja diorang hehehehe. Pehhhh kalaulah korang dapat tengok raut wajah HBK masa tu mesti nak golak laaaa hahahaha control beb sebijik cam romeo hahahaha saksi hidup masa tu adalah aku, man & ripper yang skodeng dari jauh. HBK makan sopan giler beb mengalahkan pengantin makan, intonasi suara HBK mcm pengantin lelaki mengayat pengantin pompuan dalam kelambu. Namun hasil dari permerhatian aku, body languange KC nie mcm ade sikit feel la kat HBK nie tp xtau la kan munkin aku silap....HBK punye body language tak yah aku nak cite la hahaha parkinson beb parkinson.

Bak kata Hairy "Everybody Is Somebody"

Apa pun.......Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk lu HBK!!!

Tuesday, June 17, 2008

FUCKIN PISSED OFF!!!


To all the bitches, wankers, fuckers, bitch wannabe, fuckin bitch, fuckin asshole, fuckin morons and son of a bitch...

FUCK THE SYSTEM!!! FUCK THE BLOODY SYSTEM!!!
TO HELL SHALL IT BE!!! TO HELL!!!

Monday, June 16, 2008

BEEN ROBBED IN DAYLIGHT!!!!


Sampai je kat rumah angin aku dah xbaik sebab kedai dobi dah hilangkan short khakis kesayangan aku...abis air liur aku jerit kat minah indon kedai dobi tu tapi xjumpe gak short aku. Aku cakap kat minah indon tu " aku xkira aku nak ko cari gak short tu sampai dapat esok aku datang lagi!! hari-hari aku akan datang sampai ko jumpe short aku"

Kat umah aku check bil-bil yang aku kene bayar hujung bulan nie, ada bil astro, air dgn TNB. Belik nyer belik aku nampak bil TNB aku mcm pelik sikit.... amaun letrik RM 25.51 tapi aku kene bayar RM 25.60 (bil semasa) mula-mula aku pikir mungkin dia nak round up the figure tapi kalau round up figure tu mesti jadi RM 25.50 la kan . Mana lak datang RM 0.09 sen ni!! bukannya aku nak berkira sangat bayar RM 0.09 sen tapi kenapa aku perlu bayar kalau aku xguna!!!! Cuba bayangkan kalau every month TNB charge aku RM 0.09 sen, assuming aku hidup estimate another 30 years... RM 0.09 x 360 mth = RM 32.40!!!

Imagine bukan aku sorang je yg kene charge mcm ni let say about hermmmm kita ader 24 juta penduduk kat Malaya nie kita ambik 5% la yang kene bayar bil TNB nie, so roughly calculation die, 5% x 24,000,000 = 1,200,000!! jadi 1,200,000 x RM 0.09 = RM 108,000.... So this fuckin TNB buat duit atas angin RM 108,000 per month!!!! kalau per year its about RM 1,296,000!!! and this fuckin morons who runs the company still nak naikkan tariff letrik lagi!!! Ya..Ya..Ya... minyak naik so tariff pun terpaksa naik la, cost meningkat. YES!! Money talks, Bullshit walks -- and this fuckin bullshit is what have been dished to us without our notice!!!!

Complaint??? about what??? about this fuckin RM 0.09 sen!!! Giler ape buat kene gelak ngan akak kat kaunter TNB tu je. Sian beb kat orang yg duduk kat kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, susah-susah banting tulang siang mlm TNB sial ni senang2 je samun. Nie la sebab nyer kalau services kene monopoli dgn 1 company je, mentang-mentang la xde competitor lain entah apa-apa charge korang letak, cekik darah sebijik macam Yahudi!!! No wonder Islam banned monopoly!!!

I have been robbed!!! How about you??

Saturday, June 14, 2008

YASSIN

Malam semalam opis aku buat majlis baca yassin sebab apa aku x clear sangat mungkin dah masyuk or untuk tahlil arwah or untuk lebih masyuk next time, aku xkisah ape-ape pun at least aku leh menyelet sedekah kat arwah ayah aku, nenek aku, datuk aku n pakcik aku sekali. Nak harap aku baca sorang-sorang adusssss xleh harap langsung hehehe Jumaat pun selalu miss nie pulak baca yassin. Last aku baca yassin masa arwah tok aku meninggal bulan 12 last year pehhh lama dah tu.

Majlis start dgn solat maghrib ramai-ramai kat opis, aku terus rebut saf pertama hehehe nak pahala lebih beb afdal ......habis solat terus layan baca yassin, OK lagi bacaan aku xbyk yang sangkut lancar je cukup semua idhram, dengung dgn nahu dia ( kalau mak aku dengar sejuk hati dia ) tapi pinggang aku lak buat hal, lama sangat bersila die mula berdenyut-denyut... nie semua salah CDIJ kalau ari tu plan redakan sengal-sengal badan x cancel mesti pinggang aku x buat hal nyer.

Habis baca yassin.... layan zikir and doa tahlil lak, pehhh pak imam tu henyut zikir punya la laju... mula-mula slow pastu die tekan minyak adusssss tercungap-cungap aku nak follow. Pas tu anak pak imam tu baca doa tahlil, muda lg budak tu walaupun dia baca sangkut-sangkut tapi at least berani gak dia baca depan stranger x semua org yg berani mcm tu. Pas habis semua doa apa lagi layan solat Isyak laa, macam biasa aku rebut saf pertama lagi beb hehehe pahala beb pahala sapo xnak.....

Dah abis semua acara...ermmmm sampai la acara yang paling ramai org tunggu acara penuhkan isi perut ngan tali pusat ....xpayah suruh macam semulajadi tahu je bile time makan hahaha.....
apapun terasa keberkatan die bila kumpul ramai-ramai nie baca yassin..

Apa keberkatan die?? Lu pikir sendiri la.....

Wednesday, June 11, 2008

FUCK YOU HAIRY!!!!

Hari nie aku relax sikit sebab aku dah siapkan kerja aku awal-awal lagi hehehe by lunch time aku dah xdo kerja hehehe so aku tolong-tolong CDIJ ngan anak-anak buah die.....ok gak siapkan kerja awal nie xde kelam kabut macam beruk makyeh... so mood aku hari nie mmg ok ok sesangat. Tapi dekat-dekat petang aku rase bosan lak sebab dah xtau nak buat ape...so aku kemaskan meja aku sambil tunggu rider rempit aku balik....opis kosong ramai yang balik awal hari ni sebab mlm semalam diorang stayback buat tender, boss keluar ader appointment, meeting postponed, 3 ekor jin gi outstation kat ipoh.

Aku risau betul bila 3 ekor jin nie gi outstation sekali, bukan aku risau psl 3 ekor jin ni tapi aku risau kat makcik-makcik, ibu-ibu tunggal, janda-janda, aso-aso kat ipoh tu, 3 ekor jin ni sangat berbahaya lagi ganas hatta amat memudaratkan kalau xde aku yg tengok kan.... lain macam sikit 3 ekor jin nie punye taste.. sangat sukar diramal, straight boleh songsang boleh, asal boleh laaaa..... Nasib baik job scope aku xde gi outstation kalau tak.... silap-silap huru-hara ipoh tu tak pun aku yang huru-hara hehehe ( aduhhhhh ipoh beb ipoh mali talak sombong maaaa...)

So aku cucuk angin kat CDIJ petang tu ajak reda kan sengal-sengal badan yang kerap melanda saban hari tapi CDIJ nie aduhhhh lemau beb lemau die nie xleh nak set apa pun dgn malaun ni, tiap kali aku set mesti xjadi nyer..... asal bini call mesti cancel asal cancel mesti bini call, sayang bini betul dia ni, memang layak dapat anugerah suami mithali xdapat disangkalkan lagi!!! Xleh harap langsung!!! Harghhh tuiiiiiii!!!!! harap muka je hensem berbadan sasa persis kerbau tapi sayang bini. Oleh kerna CDIJ dah rosakkan plan, aku mula x keruan..... musim mengawan aku dah semakin hampir hormon-horman jantan aku dah mula memberontak mencakar sanubariku tanpa belas kasihan. Aku call mak munah aku dgn harapan dia dapat meredakan kalau xsemua sedikit pun jadi lah pemberontakan hormon-hormon jantanku namun jawapan mak munah aku simple je......"Boleh blah" cisssss.....menyesal aku lepaskan scandal-scandal aku dulu... Hampehhhhh!!!!!!

Nak x nak terpaksa la aku serah diri kat hairy aduhhhhh sengal beb mamat nie sengal, boleh sakit kepala sembang ngan die ni.....sakit kepala betul-betul beb bukan gurau beb... nak buat mcm mana sebab aku tahu die sorang je la yang boleh rosakkan segala bentuk mood yang aku ada termasuk la pemberontakan hormon-horman jantan aku. Adussssss kalau la salah seekor dari 3 ekor jin tu ada kat sini leh gak la aku gi class vocal ke....pekene ribena ke.... apa-apa je la aktiviti bebas. Sah!!! Sahih!!! x sampai 5 minit aku duduk sembang ngan hairy die dah buat tengkorak aku bergegar dgn ceritera die.... Ya Tuhan Ampunn......aku xpaham sepatah haram pun apa bende yg dia nak sampaikan kat aku hahahahaha...... What the hell!!! who cares.... I enjoyed with him, he made me laughed, he made me gone crazy, he made my fuckin head explode.....

Fuck You Hairy!!! You really made my bored gone away!!!!!
Thanx bro...

Tuesday, June 10, 2008

AN HOUR WITH THE 3rd FIX'S BROTHERS

Hari ni badan aku rasa xsedap rasa mcm nak demam pun ada tapi aku xlayan sangat nanti melarat sampai demam betul aku gak yang susah kerja kat opis xde sape nak cover....so aku buat senaman ringan sikit lelapkan mata ala kadar hehehe...

Petang kul 5, 3rd fix's brother ajak aku ngan PM ikut dia, aku ingat dia nak ajak gi mini vegas ruper nye nak jumpe sumone from MINDEF. 3rd fix's brother ni buat sales kat opis aku nie, baru start keje last month.... dia ader citer kat aku die kene achieve quota (biase la wat sales kan) sampai hujung tahun nie, so aku ngan PM ikut la dia jumpa mamat MINDEF nie bagi sokongan moral, apa yang kitaorang leh tolong kita tolong la . Aku perhati 3rd fix's brother ni ada gak kesungguhan nak cari sales and build repo, even thou PR & info dia agak kurang sikit tapi masih ada ruang lagi yang boleh dipolishkan.... ada potensi, kalau nak dicomparekan dengan budak sales yang lain...adussss sedih aku tengok macam tak nak buat duit je, buat sales sekadar nak lepas dapat gaji je... dapat gaji OK sales xde pun xpe. Kadang tu boss siap bagi lubang sales tapi xnak follow up, xde usaha nak buat duit... tak kan buat duit pun nak suruh boss carikan.

Teringat dulu masa aku jual insurans and kereta pehhhhh x cukup tanah beb cari sales sebab gaji ciput so kejar commission je la, nak commission keno la banyak sales... hari-hari balik lewat malam sabtu ahad pun bantai kerje, kalau boss bagi lubang sales siap berebut bergaduh ngan orang lain nak kan sales tu hahaha kelakar tul kalau ingatkan balik. Ingat lagi kata boss aku dulu kalau buat sales kene bukak mulut tanye, muka kene tebal jangan segan, jangan cepat putus asa, build your repo 1st, sell yourself 1st than baru you sell your product or services, know what you selling, kalau xtahu tanye kat orang yang tahu jangan main hentam je, be an opportunist and the most important honour your word and your promise!!



Bukan nak kata aku bagus buat sales kalau bagus hehehe aku xtulis blog aku tulis cek, banyak lagi yang bagus tapi ye la sedih beb kemudahan semua dah bagi cuma kene cargas lebih sikit je umur muda lagi kerja keras la nanti dah umur macam aku dah xlarat dah nak cargas-cargas ni hehehe tulang rapuh beb, kalau la aku dapat putarkan masa tu balik and dapat peluang mcm diorang memang aku pulun habis nyer all out kumpul duit banyak-banyak umur 40 nanti dah leh lepak relax... Ada sorang staff kat opis aku nie sampai buat 2 kerja sales ngan tender pehhh kalau aku xsanggup beb dah la buat tender tu kene stayback sampai ke pagi pastu nak kene buat sales lagi, kadang tu sian gak aku tengok dia stayback sampai esok pagi xtidur pas tu jumpe customer petang ambik anak, sampai umah kene marah ngan bini ( hehehe mamat ni bukan takut bini tapi bini yang tak takut dia ) tapi at least aku respect kat dia sanggup nak commit mcm tu.

Tapi cakap memang murah beb but can you walk the talk?? maybe aku pun sama kot or even worst than them. To be positive maybe its not fair for me to criticise them... maybe they still in their learning curve...maybe they know what they doing....maybe they still need more time and guidance...maybe they deserve a second chance....or maybe i dont know what im bullshitting about right here....

I hope you know what are you doing guys.... ALL THE BEST & GOOD LUCK!!!

Sunday, June 8, 2008

BALIK KAMPUNG....


Dah lama rase nya aku xbalik kampung, last balik 3 bulan lepas masa mak aku xsihat. So sabtu lepas aku decided balik, kebetulan nak ambik opah aku sekali buat medical check up kat Ampang Puteri. Patutnye aku balik Jumaat malam tapi tetibe HBK call ajak gi kotak ijo, aku pun set je la layan ngan PM hahaha best gak lama berlatih vocal...PM all out malam tu macam org giler hahaha Eddiechivas pun ader die siap order anggur peram..tu yg sampai 3 pagi balik umah...

Bukak mata tgk jam dah pukul 12 tengahari, kelam kabut aku sebab janji ngan mak aku sampai kampung sebelum lunch.. mak munah lak sibuk cari gaduh ngan aku tetiba banyak lak soalan dia mcm polis pencen, malam semalam gi mana? ngan sapa? pekene gandum peram ke? (eh HBK gandum ke barli ek?) selalu senyap je ..... adussss!!!! xkuasa nak layan aku jual nama HBK hehehe terus mak munah aku senyap...... hehehe LEGA..... ( laku beb nama HBK nie hehehe )

Drive dlm hujan lebat, aku ikut jalan Kuala Selangor ni semua angkara minyak naik x larat nak bayar tol ( sial nya BN!!! bukan nak tolong orang susahkan orang lagi ada la ). Best giler layan jalan lama ni.. layan lap kat lap 7 bersaudara Ijok...lama aku xikut jalan nie banyak dah berubah..Kuala Selangor jalan dah lain ...Tanjong Karang pun dah banyak kedai xmcm dulu lagi.
Pas tu sampai Sekinchan peh byk giler orang jual mangga....Sg Besar pun sama..Sabak Bernam je aku tengok mcm dulu lg tapi xtau la sebab aku lalu je.

Sampai T.intan dah nak dekat pukul 5... rehat jap mak aku ajak gi pasar malam kat town beli satay...pehhh punye la sesak ngan kete mcm kl la hehehe pas antar mak aku balik umah aku keluar balik gi town cari barang dapur untuk umah aku kat kampung nie murah sikit kalau nak compare ngan kat kl. Sampai umah dah dekat mahgrib ape laie bising la mak aku.hehehe sebagai anak yg soleh aku gi la masjid solat hehehe. Kat masjid aku jumpe dgn ustaz yang mengajar aku masa sekolah rendah ( hidup lagi rupanye ingatkan dah meninggal) and ramai lagi otai-otai yang dah lama aku tak jumpe.

Memang best lepak kampung ni...udara fresh...fikiran tenang......( xtenang bila mak aku tanye bila nak kawin ), makanan banyak...semua cukup la..hermmmm mak aku dok pujuk suh duk kampung je keje kat sini je...Aku pun ada gak terfikir nak lepak kampung je tapi kalau lepak kampung kat mana lak aku nak cari kotak ijo....batu keras....angsa....permaisuri....mahkota....
hermmm mungkin aku kene usha-usha kat sini dulu mana tau kalau ader yang mirip kotak ijo...batu keras...angsa..permaisuri...mahkota... Selagi aku xjumpe maybe aku terus lepak kat kl dulu kot ...eh tapi kalau lepak kat kampung aku nak jadi kaki masjid ler...adussss conpius...conpius...

Camne ek???

Friday, June 6, 2008

JADE POOL


Lepas dapat tahu harga minyak naik kaw kaw nyer... tambah menyampah aku dgn BN nie, nipu kuat tul...minyak naik, elektrik naik, inflasi naik, tahap kemiskinan naik, tol lak naik, sat lagi entah apa-apa lak yang naik ..bosan la nak citer pasal BN nie.....nasib baik la aku dah lama pangkah sama ini BN....

So aku ambik keputusan nak lepak umah je...tetiba HBK call ajak terjun pool, PM pun nak join sekali... aku pun set je leh gak layan gaya bebas aku yang dah lama berkarat.. Jam 8.30 aku sampai umah, sakit kepala tengok umah bersempah semua gara-gara semalam kejadian "Kuda Emas" so aku layan kemas dulu...tengah stim kemas HBK sampai pehhhhhh siap bawak kaki itik ngan snorkel...apa lagi kitaorang terus turun bawah menuju pool...hehehe line clear aku ngan HBK je yang layan pool... HBK mcm biase la terus terjun tiruk pantang nampak air...aku lak kurang sikit aktiviti berair nie maklum la aku tak tau swim tapi memandangkan pool tu paras dada aku je hehehe selambe je aku terjun botol.

Aku terus mengayakan aksi kuak lentang aku, warming up sikit hehehe...HBK tak yah citer la sekejap menyelam sekejap timbul mentang-mentang la pakai kaki itik.... pastu HBK suh aku try kaki itik ngan snorkel... aku pun try la pehhhh susah tul nafas ikut mulut nie tercungap-cungap aku dibuat nyer... bunyi nafas dalam air sebijik mcm Darth Vader, terkehel kaki aku pakai kaki itik nie...x larat nak kayuh tapi lama-lama bila dah dapat rentak rasa ok laks best pun ada hehehe . HBK ajar cara mengayuh ngan betul and etc pasal aksi dalam air nie. Tengah syok layan mengayuh PM sampai... die pun terus terjun mcm aksi beruang kutub berbulu hitam, dia pun try kaki itik hahaha kelakar giler beb .....bayangkan la umur dah dekat "rumah kata pergi kubur pun tak nak kat ko" baru nak belajar mengayuh apa la lu PM...(jadi kutu rayau, melekat kat dinding, gaduh ngan gadis vocal pandai la lu)

Banyak aku belajar kat pool mlm ni, paling penting xleh panik dalam air kene relax tapi dalam relax-relax tu banyak gak air aku telan hehehe.
Apa pun tahap ke"confident"nan aku semakin tinggi untuk course scuba hehehe PM cadang aksi terjun tiruk ni afdal dijadikan amalan sunaat 3 kali seminggu..aku set je memandangkan one pack aku nie semakin membesar.... So terisi gak la masa malam aku nie..asyik kelas vocal je bosan gaks kene pelbagaikan aktiviti. Thanx HBK nanti lu ajar cara flirting dalam air laks hehehehe.

Wednesday, June 4, 2008

A NIGHT WITH FIX'S BROTHERS......

Tepat jam 5.00 aku dah siap-siap nak balik umah cadang nak terjun pool berlatih gaya bebas aku...tetiba dapat sms dari PM... "Kuda Emas dgn fix's brother,HBK and Man". Aku pun terfikir OK gak selepas kejadian kat BA aku nak lepaskan segala yg terpendam dijiwa. Selepas meeting tergempar dgn zul a.k.a DZT a.k.a Abg Tango a.k.a Ricky, PM and Man maka keputusan dibuat destinasi "Kuda Emas". Aku,PM and zul a.k.a DZT a.k.a Abg Tango a.k.a Ricky pun membuat gerakan suci.....menyusuri lorong-lorong sesak kota metropolitan yang penuh dengan mobil-mobil menuju ke destinasi yang telah ditetapkan....



Nak dijadikan cite hampeh hujan lebat abih basah lenjun, aku dah terpikir mcm petanda buruk je nie...tp bila serakah dah menguasai jiwa ....bak kate nadia AF6 redah je.........Punggung pun berlaboh di sofa empuk... gadis vocal bersimpang siur meng"say hello" namun tiada yg berkenan dihati. Bait-bait lagu berkumandang di corong speaker menyejukkan hati yg sepi, kelibat HBK and adik bongsu pun tiba.... makin rancak la irama lagu....oleh salakkan sang pria-pria kesepian.
Masing-masing sudah dibelai hanya aku yg masih memendam rasa dek kerana taste aku yg agak tinggi, namun yg ditunggu akhir nya tiba, maka terukir la seribu senyuman dibibirku yg kekeringan oleh kerana kerap menelan air liur melihat aksi-aksi dikiri dan kananku. HBK mengalunkan lagu yang sering membuatnya menitiskan airmata. Aku memperkemaskan dakapan yg semakin longgar sambil kepala hotakku giat merencanakan aksi-aksi yg bakal aku laksanakan.

HBK mengundurkan diri mcm biasa la Gerakan Solo, namun tempat nya diambil alih oleh satu lagi Fix' brother. Hatiku semakin lega melihat suasana yang cukup indah namun langit tidak selalu cerah.....igauan lama muncul kembali.....arghhhhhhhh sial!!!!!! kenapa aku ? kenapa aku?
Dah 2 kali beb wakenebeb!!!! Tak berbaloi langsung!!!! Kimex tul !!!!

Nasib baik la ada Fix's Brother yang buat mood aku ok sikit..... and aksi pergaduhan PM dgn gadis vocal ( mcm sial la lu hahahaha gaduh ngan bini lagi baguih ). Namun dendam aku pada gadis vocal semakin membara... Siap la korang!!!! I'll Be Back!!!!!!!! kali nie aku bawak KING tunggu!!!!!!!!

Tuesday, June 3, 2008

WHAT A BITCH!!!!


Argghhhh hangin satu badan dengan staff aku kat opis sekor ni... tak paham-paham bahasa, apa die nak kene maki hamun baru paham bahasa ke??? aku xde masalah dengan staff lain ngan minah nie sekor je aku ada masalah. Punya la nak laptop company bagi, x menyempat-nyepat... xpaham bahasa laptop tgh repair, dok kejar aku macam la laptop tu bapak die punya .... last2 laptop dah siap repair terus je ambik xbagi tau aku..memilih nak laptop yg baru macam sial!!!!!

Ikut la procuder company, tunggu la aku check dulu laptop tu and bagi release letter....dah la company bagi laptop pastu nak memilih lak, masa xde laptop dok menyalak mcm anjing kurap xde laptop xleh buat keje la itu la ini la macam pukimak!!!! Perangai macam haram jadah!!! 1st time aku jumpe org perangai mcm ni kawan ngan babi lagi bagus at least babi tahu makan je...bagi makan senyap....tak kacau org.

Aku xnak la nak komen pasal penampilan kalau aku komen ramai yg terasa nanti tapi aku rasa pelacur lagi ok la dari minah nie at least pelacur x bermuka-muka depan cakap lain belakang cakap lain, petik nama org ni petik nama org tu, semua salah org lain tak macam pukimak ke tu?? Kenapa la susah sangat nak be honest, accept whatever we have, berprasangka baik kat org lain, xde hasad dengki kat org lain....susah sangat ke????

WHAT A BITCH!!!!

Monday, June 2, 2008

EURO 2008


Okay guys EURO is back!!! 7-29 June 2008 .......

Which team do you support..... for me the one and only "Deutschland" , here's the Squad list check it for yourself.



Squad list


Coach : Joachim Löw




Tactic : 4-4-2 formation

Team Kit:


so guys the pool is getting bigger and bigger, place your bet !!!

HBK - Netherlands => in your fuckin surfing dreams HBK...
ASK - Spain => see ya in final but you'll walk alone!!! empty handed!!!!
PM - Italy => zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......
CDIJ - Croatia => do you have permission from your wife??
DZT - Portugal => better go and eat at Chestnut laaa
Man - France => french toast...
Eddiechivas - Sweden => you still not sober rite??
3rd Fix's Brothers - Russia => You kidding me??
Zubirullah - whatever.....



muahahahaha.......it's all mine...mine...the pool is mine!!!!!! my precious!!!!

SCORPIO


Basic Profile:
Passionate, vibrant, magnetic, perceptive, emotional, sensual, alert, willful, determined, resourceful, purposeful, directed, dominant, ambitious, fearless, committed, intense, but can be obsessive, extreme, vengeful, jealous, spiteful, unforgiving, bully, menacing, possessive, arrogant

The Astrological Symbol of Scorpio is the Scorpion. Like the mythical Scorpion, people born under this Sign tend to be strong-willed and wary of being controlled by others. At times they can be self-destructive, like the Scorpion who kills itself rather than letting someone else kill it. They are very determined, and once they've made up their minds they are unlikely to change them. They tend to be stubborn, refusing to give up when others have long since gotten bored and abandoned a project, and getting things done when no one else thought it possible. In this way, Scorpio exemplifies the Fixed Quality assigned to it. Scorpios tend to have their own agenda, and work intensely to achieve their desires. People who wish to change a Scorpio's mind often have trouble because they can never be sure what their motivation is; Scorpios are too complex and sometimes secretive to be understood easily.

The Element associated with Scorpio is Water. Water Signs are emotional: they tend to respond to the world through emotion, rather than physical action, practicality, or intellect. Scorpio's motto could be "still water runs deep." They may repress their emotions, but underneath they are lusty and perceptive. At times, though, Scorpio's water can be stagnant, depending on whether they use their energy in a positive or negative way. They may be vengeful or vindictive and unable to get past personal slights. Scorpios are motivated and loyal, but they are often misunderstood and people may see them as dictatorial or sarcastic. If they have an ulterior motive, they can be overbearing, but in a subtle, sly, or manipulative way. Scorpios are both mystical and scientific, a combination that makes them very aware of what is happening around them; they are a Sign of great depth. If they aren't careful, though, their passionate nature may lead them into self-indulgence or compulsion.


In their leisure time, Scorpios enjoy competition and challenge. They aren't satisfied with moving along at half speed or lowering their abilities to allow people with lesser skills to beat them. They enjoy difficult pursuits that challenge them to excel, and they refuse to settle for being anything less than the best. In love relationships, Scorpio is caring, devoted, and possessive. Scorpio's colors are powerful and strident, like Scorpions: black and red.

The great strength of the Scorpio-born is in their determination to see things through to the end. They refuse to allow boredom to turn them away from projects, and they are committed to accomplishing what they set out to do. Their passion and strength makes them one of the most powerful characters of the Zodiac.

99.9999% of above written is true about me... hermmmm that make me guessing....

Sunday, June 1, 2008