Monday, June 23, 2008

INJURY LOVE VICTORY



Kejadian berlaku pada Jumaat malam 20 June 2008 di Cheras Baru, perlawanan antara Team Technical Vs Rest of The World. Team Technical dibarisi oleh budak-budak belasahan, sayur-sayuran expired yang diketuai oleh HBK yang sering membuat aksi gerakan solo. Manakala Team Rest of The World di dipimpin oleh Man French Toast dan dibarisi oleh bekas-bekas pemain futsal antarabangsa yang sering beraksi diarena futsal antarabangsa.

Macam biasa Team Technical sampai lewat sebab Captain diorang HBK membuat gerakan solo dulu. So Team Rest of The World pun mcm biasa membuat routine warming up, aku menyarung jersey keramat aku "Germany", kasut yang dah aku asap kemeyankan malam jumaat lepas. Kimex Team Technical xsampai-sampai lagi, salah satu dari tektik untuk meletihkan Team Rest of The World namun focus kami xterganggu dengan tektik-tektik poyo diorg ni.

Akhirnya Team Technical sampai tanpa Captain diorg, apa lagi terus start la takan nak tunggu sampai malam kaki aku dah gatal nak mengentel. Aku tengok muka sekor-sekor Team Technical nie hehehehe confirm berguni gol aku score malam ni. Team Rest of The World mcm biasa la bergaya beb aku ngan full set kit Germany, PM dgn jersey Azzurri, Man Pakai France , Zul ala-ala gaya Ronaldo Gay bersubang ditelinga and Wan pulak dgn jersey England hampehh jadi keeper, CDIJ hermmm ambik bini dulu, Arjune Xberbaju.

Game start xsampai 2 minit Team Technical score biasa la kitaorg lambat panas, pastu Man French Toast score hehehe aku dah gak dah sayur budak-budak nie, pas tu Man score lagi hasil gerakan cantik dari aku. Akhirnya yours truly la score kan mcm biasa la. Semangat berkobar-kobar memikirkan ganjaran karaoke yang dijanjikan pada pemenang perlawanan, aku score lagi dan lagi. Tetiba aku terasa semput cehhhh cepat-cepat aku cari ayor hehehe, OK normal balik. Aku terus mintak bola dari keeper, aku cuba membuat gerakan solo, mengentel, memusing badan... sampai kat depan aku nampak goal lawan clear OK aku nak shoot dari sini, aku pun mengumpul tenaga dari tulang sulbi aku untuk rembatan tonjol aku kearah goal tetiba CRAKKK!!!! aduhhhh!!!!! kaki kiri aku sakit giler siotttttt!!!! SAH!!!! terkehel ke retak ke patah ke aku pun xtahu yang aku tahu aku terbaring, sakit giler rase mcm nak pitam!!! Aku pun xtahu mcm mana aku boleh lost balance masa nak buat rembatan tonjol aku, mungkin aku pakai kemeyan expired masa asapkan kasut aku kot.

Dalam kesakitan aku tengok game berjalan dari luar court... ceh hancusss kalau aku xde, Team Technical bermaharajalela dgn kehadiran Captain diorg HBK yg pakai baju Holland ( lain macam sikit semangat HBK 2 3 menjak nie), tetibe je diorg main macam esok nak kiamat. Geram je aku sebab xdapat main tapi nasib baik menang walaupun ada cubaan penipuan pengiraan score oleh Hairy sengal. Aku x concentrate sangat kat game sebab menahan kesakitan, masa time makan pun rasa macam xmakan je. Kaki aku dah rasa kebas bangat, sampai umah kaki aku bengkak mcm belon nak jalan xboleh langsung, xboleh tidur...Untuk meredakan kesakitan dan tidur, aku ambik haruman herba yang dibekalkan oleh Bob Jarley..Mujarab!!! Keesokan pagi aku call mak munah ajak dia bawak aku gi hospital sebab kaki aku dah tukar kaler biru pekat cuak siott!!!!



Mak munah sampai terus bawak aku gi hospital ampang wad emergency, kimex tul kene naik kerusi roda hehehe malu siot..... muda, montok, seksi, tough, hensem kene usung naik kerusi roda. Jumpe doktor terus kene marah sebab xdatang awal-awal..kimex tul aku dah la sakit giler peh tu kene marah lak...ikut hati nak je aku baling kerusi roda kat doktor tu, nasib baik lawa... Doktor suh gi buat X-ray, sambil menunggu result X-ray aku ajak mak munah tolak aku pusing-pusing kat hospital tu hehehe. Bila result X-ray dah siap, doktor cakap xde yang patah or retak (pehhh lega beb) cuma lateral ankle ligament aku koyak sikit, kalau aku professional footballer mungkin aku kene require operation tapi since aku ex footballer maybe aku require urutan dengan wak buchari je kat Gombak lagipun urutan penamat aku xhabis lagi.

Tapi leceh tul la mcm ni nie x boleh berjalan, nak buat ape pun susah... semua jadi lambat, nak pakai boxer pun dekat 5 minit apatah lagi aktiviti dalam bilik air, bilik gelap, atas sofa, atas katil and etc. Dah terpakse pakai tongkat macam org OKU tapi hehehe best gak ramai aweks tegur "nape bang, jatuh ke" angin je mak munah aku dengar hehehe. Hermmm harap-harap leh baik cepat nie pun susah nak jalan lagi. Kenapa la aku yang asyik kene ek ?? Bagi la kene nombor ke...kene POOl ke ( hehehe ada harapan kene POOl ni ), kene kiss ke, ape-ape la yang menyeronokkan .....

WHY?? WHY ME??

5 comments:

merapu stories said...

dpt azab dunia kira okla tuh drpd azab kubur or api neraka...

blackened said...

lepas ni aku dapat nikmat dunia dgn nikmat syurga.....

Dory said...

adoi.. mak ai.. confirm sakit gile ni...

blackened said...

insufficient memory at this time dory hehehe...

Mem Aluya said...

Adoii... sakit giler seyhh.