Thursday, September 25, 2008

KUALA TERENGGANU


Hari khamis lepas ada majlis berbuka puasa kat opis aku, tengah sibuk-sibuk aku mengaturkan majlis menunggu kanopi datang & pastikan tempat parking kosong PM datang kat aku, "lu kene gi KT la malam ni". Apa giler ke aku nak gi malam ni tapi pikir-pikir balik best gak dah lama aku tak gi outstation hehehe lantak la aku nak settlekan majlis berbuka puasa dulu pasal gi KT leh tunggu.
Dipendekkan citer majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar, aku lak tak jadi gi KT malam tu kene postponed hari sabtu sebab Terengganu cuti hari jumaat & sabtu. So aku ajak mak munah aku teman gi sekali sebab aku mengantok nak drive sorang-sorang. Lepas berbuka aku plan nak gerak tapi dengan adernya mak munah last-last pukul 9 mlm baru gerak (nie la kelebihan kaum pompuan dapat merosakkan planning kaum lelaki). Dari KT sampai cherating steady je aku henjut 140 km/hr sebab ada highway, mak munah aku x payah citer la siap bawak bantal ngan selimut so paham-paham je la kat karak die dah lena dah.

" Atas Pasar Payang "

" Masjid kat Pasar Payang "

" Masjid Kristal "


" Masjid Terapung "


Jalan dari cherating ke KT aku x berapa fimiliar sikit so aku x la henjut sangat, sepanjang berjalanan xde ape sangat sebab dah malam gelap xnampak ape pun so aku maintain kelajuan sebab aku nak sampai cepat mata dah mengantok giler. Sampai KT dah dekat pukul 3.30 pagi mengagau aku cari hotel nak landing kan kepala aku ni. Aku pilih hotel betul-betul depan opis pengarah LHDN yang aku nak jumpe. Pas check in terus terjun katil x larat nak bukak mata dah, sedar-sedar dah pagi nasib baik mak munah aku kejutkan, pas breakfast (musafir beb) aku terus naik opis LHDN.... Hampehhhh pengarah meeting sampai kul 1.oo.

" Pantai Batu Burok "

" Henjut 140 km/hr "


" On the way Balik KL "



" Kerteh "


Sambil nak tunggu sampai kul 1.00 aku ajak mak munah pusing-pusing KT, apa lagi suke la die dapat gi pasar payang habis die borong kueh raya & kudap-kudap. Pastu gi losong cari kopok lekor PM. Kul 2.00 PA pengarah tu call aku suh datang dengan segera aku datang , borak-borak dgn pengarah tu dia xdpat nak bantu apa yang aku nak, aku pun faham situasi dia dan aku tak rase aku akan dapat apa yang aku nak dari dia. So aku decided aku nak balik KL walaupun pengarah tu ajak aku buke puasa kat umah dia sebab isnin aku nak masuk opis, (sebenar nyer aku masih lagi dalam keadaan musafir) dalam kul 3.30 ptg aku gerak meninggalkan KT. Sempat gak aku singgah tengok masjid kristal, masjid terapung dgn tido jap kat pantai batu burok.


" Layan jiwang ngan mak munah hehehe "


On the way balik, hujan lebat siap ribut petir sampai x nampak jalan terpakse aku berhenti jap kat dungun. Hujan reda aku gerak balik henyut tak ingat sebab nak tgk MU vs Chelsea tapi apa kan daya xsempat, apa pun MU seri ngan Chelsea nasib baik x bet dgn King Torres kalau tak hancosss lagi. Sampai KL dekat kul 3.3o pagi, dah xlarat nak layan apa-apa dah...

Sambil nak tido aku terpikir kenapa la aku tak ambik flight je........

Monday, September 15, 2008

FOR THOSE YANG KEMARUK BERCINTA....






Love is timeless. It is memories of yesterday, the happiness of today and the promise of tomorrow. It doesn't take a reason to love someone, but it does to like someone. You don't love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It's because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason !!!

Sunday, September 14, 2008

CLASH OF THE RED GIANTS


Arghhhh sakit kepala Man United kalah ngan Liverfool, kalau kalau ngan team lain aku xkisah sangat nie kalah ngan Liverfool, dah la leading 1-0 pastu main mcm sekor-sekor pose.
Adussss King Torres menang lagi rabak budget raya aku, rabak....rabak.....

Wednesday, September 10, 2008

JD aka JACK DANIEL












ermmm lama aku x update blog aku, bukan ape cuma aku sibuk sikit melayan housemate baru aku JD aka Jack Daniel. Dah lama aku pikir-pikir nak ambik housemate or not, since aku dok sorang-sorang so aku decided ambik la seekor housemate. Leh jugak la layan aku kat umah bila aku bosan, so tu pasal la aku lama x update blog aku sebab melayan housemate baru aku menyesuaikan diri dgn umah aku.











Ok gak ade JD nie leh gak aku layan sembang sebelum tidur walaupun aku tahu sepatah haram pun dia x tahu ape aku sembangkan hehehe tapi layan je la takan nak sembang ngan pokok bunga kot. Walaupun sofa, curtain & lampu Ikea aku habis kene cakar dengan JD ni (siot tul hancuss) tapi one thing yang aku notice aku dah jadi makin rajin kemas umah hehehe aper x nye kalau x habis si JD selongkar tong sampah, lagi satu aku senang bangun awal pagi aper x nye lagi pagi-pagi buta si JD dah lick muka aku ( siot tul ingat aweks yang lick )


Apa pun aku enjoy duk dgn housemate baru aku ni walaupun degil nak mampos tapi wa enjoy....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Rasanye masih belum terlambat untuk aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger aku. Di bulan yang penuh diberkati ALLAH ini aku harap kita semua dapat memperbaiki akhlak dan memperbanyakkan munajat kepada NYA.


Dalil Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Jangan lupa kejar 10 malam terakhir Ramadhan, mana tau dapat Lailatul Qadar selamat dunia akhirat hehehe masyukkkk....

Tuesday, August 19, 2008

WE'RE ALL JUST DANCERS...





Last few weeks aku came across banyak peristiwa yang jiwang karat, yang kalau digarap dengan halus oleh Dato Yusof Haslam memang boleh dibuat filem box office. Bermula dengan HBK yang pehhh truly pure casanova.. aku betul-betul respect time management HBK ni mantap!!! Hampir-hampir menyamai time management King Torres. Kalau x penuh ilmu di dada jangan berani nak cuba beb!!! NAHAS!!!
Tapi yang paling aku rase "love story of the year" memang PM la, penuh ranjau berduri kisah jiwang karat mamat seekor nie. Hampir menitis air mata aku nie membaca sms-sms PM dengan kekasih gelap die. Nak kate cinta terlarang x jugak tapi kalau aku pandang dari sudut technical boleh jadi terlarang tapi kalau aku pandang dari sudut mathtematic boleh jadi x terlarang itu belum lagi aku pandang dari sudut fundemental, financial, biology, moral etc etc.... tapi kalau aku pandang dari sudut paras rupa, just 1 word MANTAP!!! Pandai-pandai lu la PM ada problem nanti confirm lu cari aku gak hehehe. As for me, aku just flirting je ngan awek sorang ni jumpe pun x lagi baru sms & phone call je tapi yg buat aku rimas dengan minah nie die dah tangkap jiwang dgn yours truly ni. Hari-hari nak sms & call nasib baik x kantoi ngan mak munah aku kalau tak NAHAS!!! Nak buat x layan x sampai hati lak sebab lawa hehehe lagi pun aku nie kan LOVER tapi x pe pandai-pandai la aku nanti kalau ada problem nanti confirm aku cari lu PM. Ni semua gara-gara "Gerakan Solo", sangat berbahaya "Gerakan Solo" ni macam-macam kejadian boleh berlaku hasil dari kurang nye pemantauan dari pihak berwajib.
Apa yang aku notice semakin umur meningkat semakin tinggi saham melonjak semakin mantap skill flirting semakin banyak burung yang menjadi jinak. Semua nie liku-liku hidup yang boleh mematangkan diri meredah masa hadapan.
AFTER ALL, WE'RE ALL JUST DANCERS ON THE DEVIL'S DANCE FLOOR.....


Friday, August 8, 2008

LOSER OR LOVER??


Sekarang dah bulan 8 aduhhhh sekejap je masa berjalan rasa macam semalam je aku baru abis belajar kat sekolah, pikir-pikir balik lagi 3 bulan umur aku dah 34... lagi setahun umur aku dah cecah 35. 35 satu angka yang penting dalam hidup aku sebab masa aku abih study kat ITM dulu aku dah set umur 35 jadi benchmark dalam hidup aku sama ada aku berjaya dalam apa yang aku set dlm long term goal aku ke tak. Nampak nye aku terpakse reset, reshuffle & reshcedule balik umur benchmark aku ke 40 atas sebab-sebab tertentu.
Bukan nak kata aku gagal nak dapat long term goal aku tapi planning untuk dapat apa yang aku mahu terpakse aku narrow down balik, aku kene buat post mortem why? on certain things aku failed. why? on certain thing aku succeed. Most of my short & mid term goal aku dah berjaya aku dapat i'm statisfied with it!! Banyak yang dah aku lalui & belajar bila aku pikir-pikir balik, banyak mistake yang dah aku buat most of it leka & cepat sangat trust kat orang yang baru aku kenal. Mistake yang aku kene cepat-cepat perbetulkan kalau tak kesudahan aku parah!!!
But since aku kerja kat tempat aku sekarang nie banyak yang aku dapat belajar dari observation aku on certain people especially on King Torres, to be honest every word yang keluar dari mulut dia if aku study & kaji balik akan menjurus kearah successful. Ada 1 hari aku & PM lepak dengan King Torres kat Gleneagles die suddenlly talk & speak directly from his heart about past, life & future and it makes me & PM tersentak & realize dah berape jauh kitaorang ketinggalan dibelakang. And at one time kat kotak ijo masa aku tengah mengayat manager mawi suh bawak nana era karaoke ngan aku tetiba King Torres cakap kat manager mawi aku Loser bawak saper pun mesti xde hasil hahaha kimex nyer King Torres potong line aku je, i take it as a joke but i also take it as a challenge no hard feeling King Torres.
Again masa dah terlalu cepat berlalu aku dah tak boleh nak leka lagi, when i reach 35 it do or die no more looking back, aku terpakse consider any opportunity yang available of course la after aku bincang dgn my close friends, nak mampos main redah je i've learn my lesson.
Last word to King Torres, I'm not a Loser but i'm definitely a Lover.... Behold King Torres you shall see the rise of Lord Blackened!!!