Wednesday, June 25, 2008

AKU BUKAN GAY!!!!!!!

Tengah sedap-sedap lepak kat umah tgk tv sambil berlatih berjalan tak pakai tongkat phone aku berbunyi..... alamak mak aku call!!! nie mesti ada ape-ape ni jarang dia call aku, selalu aku yang call die. Nak taknak kene angkat la jugak dah mak aku yang call, eh nape lain macam je suara cehhh makcik aku uper nyer. Aku pun buat la suara sopan santun aku hehehe..

MAKCIK AKU : Asalamualaikum
AKU : Mualaikumsalam Warahmatullah
MAKCIK AKU : lama tak dengar citer? sihat ke?
AKU : sihat....ye ke lama x dengar citer bukan hari tu dah dengar citer ke?
MAKCIK AKU : itu citer lain, haa ko ni la bilenyer???
AKU : bila ape lak ni? ( aku try mengelak padahal dah tau dah )
MAKCIK AKU : kawin la apa lagi
AKU : erkkkk ujung tahun nie kot kalau xde ape-ape hal
MAKCIK AKU : kalau ada apa-apa hal.... apa hal nya? ko ada masalah ke la?
duit dah cukup ke?
AKU : duit xde masalah....ok je ( padahal pasal duit tak cukup lagi la ni )
MAKCIK AKU : abis tu apa masalah nyer?
AKU : eh nie mak cakap ape nie kat mak ti tadi ni?
MAKCIK AKU : takde la mak ko nie haaa asyik cakap ko nie mcm nak mengelak je
nak kawin..
ko ada masalah lain ke?
AKU : eh masalah ape lak ni... x de masalah apa-apa pun..
MAKCIK AKU : ko x suke pompuan ke la?
AKU : ehhhhh mane de .... suka la takan la x suke pompuan kan ada gf
dah...
ape la mak ti ni...tak kan la ke situ lak... mengarut la
MAKCIK AKU : bagus la kalau mcm tu...cepat-cepat la sikit
AKU : ha'a ya lah... hujung tahun nie ...mak mane cakap jap ngan die
MAKCIK AKU : die tgh sembahyang nanti ko call la die balik ya..ko jgn lupa
sembahyang

AKU : ohhh ok..mana penah tinggal sembahyang...kim salam kat semua
lah ya...

MAKCIK AKU : ye lah ...Asalamualaikum
AKU : Mualaikumsalam Warahmatullah

Pehhhhh..... ader ke makcik aku ingat aku gay cisssss tak patut langsung...tak berasas langsung.... Mak aku la nie WTWT (Women To Women Talk) ngan makcik aku adussssss........... punya la risau aku tak kawin-kawin lagi, nanti aku kawin 2 terus baru melompat mak aku hehehehe...

Ya la mak hujung tahun ni anak mak kawin la......

Lagi satu AKU BUKAN GAY!!!!!!!!!! NEVER EVER!!!!

Tuesday, June 24, 2008

HEAVEN & HELL



Bosan terperap kat rumah, aku pun turun la kat bawah ambik angin terlompat-lompat macam kanggaro sebab pakai tongkat. Aku melompat-lompat kearah pool cadang nak lepak kat situ sambil menghembus asap-asap nikotina, tengah syok layan marlboro light aku datang la satu mamat ni tersengih-sengih tengok gaya macam nak bersembang aku lak memang xde langsung mood nak bersembang. Sah!!! die landing sebelah aku sambil tanye " kaki tu kenape?"aku pun dgn malas jawap la "terkehel masa main futsal". Ajak pun tak die terus tanye pasal peribadi aku kerje kat mana? tinggal ngan sape? bla...bla..blaaa...ehhhhh mamat nie potong stim betul aku baru je nak tenangkan fikiran yang berserabut kenangkan bila aku leh jalan balik nak sambung kerje kat opis tetibe datang lak mamat nie menyibuk.

Sebab dah jatuh menyampah aku pun jawap nak tak nak je la tetibe je dia cakap kaki aku terkehel sebab balasan tuhan atas dosa-dosa aku...Uiksssss menyirap darah aku nak je aku tunjal dahi die ngan tongkat warrant aku nie, senang-senang je nak bagi fatwa songsang kat aku...tahu la aku buat buat dosa tapi atas dalil apa ko senang-senang nak cakap macam tu. Apa lagi aku pun berdebat la ngan dia macam la mak aku tak antar aku belajar agama. Aku cakap kat dia tuhan bagi aku pilihan untuk aku pilih, mana jalan yang aku pilih tu hak aku takde sape yang boleh halang kecuali tuhan. So aku tahu risiko dan akibat jalan mana yang aku pilih, sekurang-kurang nya aku tahu pintu taubat masih terbuka cuma sempat tak sempat je la, kalau xsempat pun aku masih prasangka baik kat tuhan aku yang dia akan ampun kan aku selagi aku x syirik kat dia, kan dia Maha Pengampun Maha Pengasih. At least aku buat dosa aku buat sorang-sorang tak babitkan orang lain so aku berdosa dgn tuhan aku je, yang ko tu bagi salam pun tak tetibe sakitkan hati aku ko ingat tak berdosa ke? sakit kan hati saudara islam ko? selagi aku tak maapkan ko...ko ingat ko leh masuk syurga ke? sedap mulut je kata aku masuk neraka..ape ko ingat ko tuhan ke??

Kalau nak bersyarah pun cermin la muka dulu...nie pakai short mcm aku aurat pun xpandai nak tutup dah pandai nak cakap pasal syurga neraka. Kadang tu aku pelik la tengok orang perasan dia baik asal sembahyang tak tinggal dah ingat confirm masuk syurga, orang lain jahat confirm masuk neraka. Apa diorang nie tak baca kitab ke?? Nabi yang dah confirm masuk syurga pun still sembahyang wajib + sunaat lagi sebab x confident masuk syurga takut tuhan uji die saat-saat akhir, nie baru sembahyang tak tinggal dah takbbur riak.. Bukan takbbur riak tu syirik kecil ke? Ko ingat ko masyuk syurga sebab amalan ko ke?? Kalau ko beribadat 1000 tahun pun ko x layak nak masuk syurga dia ko tahu tak?? Woiittt ko masuk syurga sebab rahmat dia. Ape ko tak penah baca citer pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum. Kalau last minit tuhan kate aku masuk syurga atas rahmat dia and ko masuk neraka sebab takbbur dengan amalan ko, ko nak jawap macam mana??


Cuba la prasangka baik kat orang lain...ikhlas buat sesuatu tanpa harap balasan. Kimex tul mamat tu, merah padam muka dia kene backhand ngan aku. Sedap mulut je nak bersyarah berdakwah kat aku basic berdakwah pun tak tau. Pastu terus angkat kaki takut nak berdebat ngan aku saper suh kacau aku!!! Oiii gi mampos la, lain kali jangan underestimate orang lain perasan ko je hebat tak penah buat dosa, kalau ada pun dosa kecik je.

Persoalan die, dosa besar ke dosa kecik ke...

Ko berdosa dengan SAPER???

Monday, June 23, 2008

INJURY LOVE VICTORY



Kejadian berlaku pada Jumaat malam 20 June 2008 di Cheras Baru, perlawanan antara Team Technical Vs Rest of The World. Team Technical dibarisi oleh budak-budak belasahan, sayur-sayuran expired yang diketuai oleh HBK yang sering membuat aksi gerakan solo. Manakala Team Rest of The World di dipimpin oleh Man French Toast dan dibarisi oleh bekas-bekas pemain futsal antarabangsa yang sering beraksi diarena futsal antarabangsa.

Macam biasa Team Technical sampai lewat sebab Captain diorang HBK membuat gerakan solo dulu. So Team Rest of The World pun mcm biasa membuat routine warming up, aku menyarung jersey keramat aku "Germany", kasut yang dah aku asap kemeyankan malam jumaat lepas. Kimex Team Technical xsampai-sampai lagi, salah satu dari tektik untuk meletihkan Team Rest of The World namun focus kami xterganggu dengan tektik-tektik poyo diorg ni.

Akhirnya Team Technical sampai tanpa Captain diorg, apa lagi terus start la takan nak tunggu sampai malam kaki aku dah gatal nak mengentel. Aku tengok muka sekor-sekor Team Technical nie hehehehe confirm berguni gol aku score malam ni. Team Rest of The World mcm biasa la bergaya beb aku ngan full set kit Germany, PM dgn jersey Azzurri, Man Pakai France , Zul ala-ala gaya Ronaldo Gay bersubang ditelinga and Wan pulak dgn jersey England hampehh jadi keeper, CDIJ hermmm ambik bini dulu, Arjune Xberbaju.

Game start xsampai 2 minit Team Technical score biasa la kitaorg lambat panas, pastu Man French Toast score hehehe aku dah gak dah sayur budak-budak nie, pas tu Man score lagi hasil gerakan cantik dari aku. Akhirnya yours truly la score kan mcm biasa la. Semangat berkobar-kobar memikirkan ganjaran karaoke yang dijanjikan pada pemenang perlawanan, aku score lagi dan lagi. Tetiba aku terasa semput cehhhh cepat-cepat aku cari ayor hehehe, OK normal balik. Aku terus mintak bola dari keeper, aku cuba membuat gerakan solo, mengentel, memusing badan... sampai kat depan aku nampak goal lawan clear OK aku nak shoot dari sini, aku pun mengumpul tenaga dari tulang sulbi aku untuk rembatan tonjol aku kearah goal tetiba CRAKKK!!!! aduhhhh!!!!! kaki kiri aku sakit giler siotttttt!!!! SAH!!!! terkehel ke retak ke patah ke aku pun xtahu yang aku tahu aku terbaring, sakit giler rase mcm nak pitam!!! Aku pun xtahu mcm mana aku boleh lost balance masa nak buat rembatan tonjol aku, mungkin aku pakai kemeyan expired masa asapkan kasut aku kot.

Dalam kesakitan aku tengok game berjalan dari luar court... ceh hancusss kalau aku xde, Team Technical bermaharajalela dgn kehadiran Captain diorg HBK yg pakai baju Holland ( lain macam sikit semangat HBK 2 3 menjak nie), tetibe je diorg main macam esok nak kiamat. Geram je aku sebab xdapat main tapi nasib baik menang walaupun ada cubaan penipuan pengiraan score oleh Hairy sengal. Aku x concentrate sangat kat game sebab menahan kesakitan, masa time makan pun rasa macam xmakan je. Kaki aku dah rasa kebas bangat, sampai umah kaki aku bengkak mcm belon nak jalan xboleh langsung, xboleh tidur...Untuk meredakan kesakitan dan tidur, aku ambik haruman herba yang dibekalkan oleh Bob Jarley..Mujarab!!! Keesokan pagi aku call mak munah ajak dia bawak aku gi hospital sebab kaki aku dah tukar kaler biru pekat cuak siott!!!!



Mak munah sampai terus bawak aku gi hospital ampang wad emergency, kimex tul kene naik kerusi roda hehehe malu siot..... muda, montok, seksi, tough, hensem kene usung naik kerusi roda. Jumpe doktor terus kene marah sebab xdatang awal-awal..kimex tul aku dah la sakit giler peh tu kene marah lak...ikut hati nak je aku baling kerusi roda kat doktor tu, nasib baik lawa... Doktor suh gi buat X-ray, sambil menunggu result X-ray aku ajak mak munah tolak aku pusing-pusing kat hospital tu hehehe. Bila result X-ray dah siap, doktor cakap xde yang patah or retak (pehhh lega beb) cuma lateral ankle ligament aku koyak sikit, kalau aku professional footballer mungkin aku kene require operation tapi since aku ex footballer maybe aku require urutan dengan wak buchari je kat Gombak lagipun urutan penamat aku xhabis lagi.

Tapi leceh tul la mcm ni nie x boleh berjalan, nak buat ape pun susah... semua jadi lambat, nak pakai boxer pun dekat 5 minit apatah lagi aktiviti dalam bilik air, bilik gelap, atas sofa, atas katil and etc. Dah terpakse pakai tongkat macam org OKU tapi hehehe best gak ramai aweks tegur "nape bang, jatuh ke" angin je mak munah aku dengar hehehe. Hermmm harap-harap leh baik cepat nie pun susah nak jalan lagi. Kenapa la aku yang asyik kene ek ?? Bagi la kene nombor ke...kene POOl ke ( hehehe ada harapan kene POOl ni ), kene kiss ke, ape-ape la yang menyeronokkan .....

WHY?? WHY ME??

Friday, June 20, 2008

KAISER EDGE INTO SEMI AND BEYOND!!!


All eyes may have been on Cristiano Ronaldo but it was his opposite number seven Bastian Schweinsteiger who stole the show on Thursday to book Germany's place in the Euro 2008 semi-finals and dump Portugal out. Bastian Schweinsteiger delivered the goods as his goal paved the way for Germany's enthralling 3-2 victory over Portugal. Bayern Munich star Schweinsteiger scored one and set up two more - for Miroslav Klose and Michael Ballack - to render Nuno Gomes' effort at the end of the first half and substitute Helder Postiga's towards full-time little more than consolations.The result sees Germany, who only clinched their spot in the quarter-finals with a 1-0 win over Austria on Monday, advance to a last-four clash with either Croatia or Turkey next Wednesday.

Enough said, bring it on!!!! Turkey or Croatia or even Holland, Russia, Spain, Italy its really doesn't matter!!!

THE POOL IS MINE!!!!!!

Wednesday, June 18, 2008

HBK & KC


Warggghhhh......sanggap beb mengantoks giler mane tak nyer semalam balik dekat kul 3 gara-gara pekena Ribena dgn PM, Man, CDIJ & HBK dekat Finne's.. al-maklum la dah lama aku tak lepak kat situ, lagi satu sebab buat menyambut hari penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat HBK kata PM .

Ada betul gak kata lu PM, semalam HBK senyum tak putus-putus dari pagi sampai la ke malam.. punca musabab utama nyer HBK dpt bertentang mata & berbual mesra dengan gadis POOOJAAAAN hatinyer KC yang selama ini hanya dipooojaaa dari jauh. Dari pagi HBK dah menyemart kemas giler siap cukur misai beb hahahaha.... Jarang nak dapat tengok HBK nie menyemart kalau xde meeting or something special, kalau tak mesti pakai jeans ngan sandal lubang-lubang. Pagi tu KC sampai kat opis menunggu dgn penuh setia akan kehadiran HBK, selang tak lama kemudian HBK pun tiba dengan wajah yang berseri-seri bak bulan purnama mengambang penuh kala tanggal 15hb Syaaban, maka bertegur sapa lah merpati dua sejoli itu..wa skodeng je gelagat diorang.

Aku terleka seketika sebab Man dok menyebok ajak aku gi makan, aku sedari kelibat merpati dua sejoli itu seakan ghaib dari pandangan makrifatku..hermmmm ilmu apa yang dipakai oleh HBK ni?? Jarang sekali ada yang terlepas dari pandangan makrifat aku ini. Arhhhh terdetik di hatiku yang suci ini.... dimanakah gerangan mereka? Oleh kerana desakan Man bertalu-talu padaku mengajak gi makan aku pun mengalah, kami pun menuju ke sebuah restoran yang dah agak lama aku tak kunjungi sebab mahal cekik darah!!!! Ada ke sekali makan lauk seciput sampai 7 hengget cittttt... makan angin lagi baguih!!!

Sampai je di restoran tu......zasssss!!! Terpandang arakian dua merpati sejoli itu sedang duduk berbual mesra sambil gelak ketawa keriangan seakan mereka berada didunia mereka tersendiri.
Apa lagi aku ngan Man pun terus melabuhkan bontot kami yang berat lagi seksi ni tepat-tepat kat sebelah meja diorang hehehehe. Pehhhh kalaulah korang dapat tengok raut wajah HBK masa tu mesti nak golak laaaa hahahaha control beb sebijik cam romeo hahahaha saksi hidup masa tu adalah aku, man & ripper yang skodeng dari jauh. HBK makan sopan giler beb mengalahkan pengantin makan, intonasi suara HBK mcm pengantin lelaki mengayat pengantin pompuan dalam kelambu. Namun hasil dari permerhatian aku, body languange KC nie mcm ade sikit feel la kat HBK nie tp xtau la kan munkin aku silap....HBK punye body language tak yah aku nak cite la hahaha parkinson beb parkinson.

Bak kata Hairy "Everybody Is Somebody"

Apa pun.......Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk lu HBK!!!

Tuesday, June 17, 2008

FUCKIN PISSED OFF!!!


To all the bitches, wankers, fuckers, bitch wannabe, fuckin bitch, fuckin asshole, fuckin morons and son of a bitch...

FUCK THE SYSTEM!!! FUCK THE BLOODY SYSTEM!!!
TO HELL SHALL IT BE!!! TO HELL!!!

Monday, June 16, 2008

BEEN ROBBED IN DAYLIGHT!!!!


Sampai je kat rumah angin aku dah xbaik sebab kedai dobi dah hilangkan short khakis kesayangan aku...abis air liur aku jerit kat minah indon kedai dobi tu tapi xjumpe gak short aku. Aku cakap kat minah indon tu " aku xkira aku nak ko cari gak short tu sampai dapat esok aku datang lagi!! hari-hari aku akan datang sampai ko jumpe short aku"

Kat umah aku check bil-bil yang aku kene bayar hujung bulan nie, ada bil astro, air dgn TNB. Belik nyer belik aku nampak bil TNB aku mcm pelik sikit.... amaun letrik RM 25.51 tapi aku kene bayar RM 25.60 (bil semasa) mula-mula aku pikir mungkin dia nak round up the figure tapi kalau round up figure tu mesti jadi RM 25.50 la kan . Mana lak datang RM 0.09 sen ni!! bukannya aku nak berkira sangat bayar RM 0.09 sen tapi kenapa aku perlu bayar kalau aku xguna!!!! Cuba bayangkan kalau every month TNB charge aku RM 0.09 sen, assuming aku hidup estimate another 30 years... RM 0.09 x 360 mth = RM 32.40!!!

Imagine bukan aku sorang je yg kene charge mcm ni let say about hermmmm kita ader 24 juta penduduk kat Malaya nie kita ambik 5% la yang kene bayar bil TNB nie, so roughly calculation die, 5% x 24,000,000 = 1,200,000!! jadi 1,200,000 x RM 0.09 = RM 108,000.... So this fuckin TNB buat duit atas angin RM 108,000 per month!!!! kalau per year its about RM 1,296,000!!! and this fuckin morons who runs the company still nak naikkan tariff letrik lagi!!! Ya..Ya..Ya... minyak naik so tariff pun terpaksa naik la, cost meningkat. YES!! Money talks, Bullshit walks -- and this fuckin bullshit is what have been dished to us without our notice!!!!

Complaint??? about what??? about this fuckin RM 0.09 sen!!! Giler ape buat kene gelak ngan akak kat kaunter TNB tu je. Sian beb kat orang yg duduk kat kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, susah-susah banting tulang siang mlm TNB sial ni senang2 je samun. Nie la sebab nyer kalau services kene monopoli dgn 1 company je, mentang-mentang la xde competitor lain entah apa-apa charge korang letak, cekik darah sebijik macam Yahudi!!! No wonder Islam banned monopoly!!!

I have been robbed!!! How about you??